Kehadiran 10 peratus penonton di stadium dibenarkan

KUCHING: Kehadiran penonton ke kejohanan sukan di Stadium dengan kapasiti 10 peratus dan maksimum 2,000 orang sahaja dibenarkan bermula hari ini (8 April).

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak yang masih dalam tempoh PKPB hanya membenarkan 10 peratus kehadiran penonton.

“Kerajaan Persekutuan mengumumkan penonton boleh hadir ke stadium menyaksikan kejohanan sukan di Semenanjung Malaysia bermula 1 April lepas.

“Oleh itu, kita ingin seragamkan dengan Semenanjung Malaysia dengan mengumumkan kebenaran penonton hadir ke stadium menyaksikan perlawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2021.

Suara Sarawak