ARTIKEL

Kehadiran lebih 5,000 penyokong cetus semangat Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kehadiran lebih 5,000 penyokong adalah pencetus semangat Kuching City FC (KC FC) yang berjaya melakar sejarah tersendiri apabila kali pertama mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022.

Aksi kedua saingan ke-16 di Stadium Negeri semalam membawa tuah kepada The City Boys untuk meraih kemenangan (2-1) terhadap Penang FC menjadikan keputusan agregat penuh (4-3).

Mengulas mengenai perlawanan itu, Ketua Jurulatih KC FC Irfan Bakti, mengakui bangga dengan usaha anak buahnya yang berjuang memburu kemenangan sehingga tamat masa perlawanan.

Ketua Jurulatih KCFC, Irfan Bakti

“Saya bangga dengan pemain-pemain kerana mereka dapat menyudahi perlawanan 90 minit ditambah 30 minit tanpa memperlahankan rentak permainan.

“Mengenai pemain gantian, mereka dapat bermain seperti yang kita mahukan.

“Saya beritahu mereka cuba elakkan seri, kalau mereka dapat jaringkan gol saat-saat akhir itu akan menjadi sejarah buat KC FC,” katanya kepada Suara Sarawak sejurus selepas tamat perlawanan semalam.

Irfan menambah, penampilan 5, 000 lebih penyokong ke stadium menjadi penyokong utama pasukan The City Boys tampil cemerlang pada perlawanan itu.

Kehadiran penonton katamya, sedikit sebanyak membakar semangat pasukan untuk berjuang sehingga saat akhir.

Justeru, beliau berharap sokongan sama mampu diraih menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Sabah FC di Stadium Negeri, Sabtu ini (5 Oktober).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU