ARTIKEL

Keharmonian dan perpaduan kukuh, tonggak kekuatan dan kemakmuran Sarawak – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengingatkan masyarakat di Bumi Kenyalang untuk tidak terpengaruh dengan tindak-tanduk masyarakat di tempat-tempat lain yang begitu cenderung melihat perbezaan daripada unsur penyatuan.

Beliau menegaskan, ia khususnya berkaitan isu-isu yang berkisar sekitar agama dan keturunan yang berlaku hampir setiap hari.

“Saya menyeru kepada saudara dan saudari untuk terus berusaha ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan
budaya di Bumi Kenyalang yang tercinta ini. 

“Marilah kita bersama-sama terus berusaha ke arah penyatuan masyarakat majmuk dan elakkanlah perkara-perkara yang akan mendatangkan perpecahan,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2024.

Sehubungan itu, Abang Johari menyifatkannya sebagai sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak untuk berkongsi kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan satu sama lain menerusi amalan kunjung-mengunjung, sama seperti suasana pada Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Krismas atau Deepavali.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar suasana harmoni akan terus terjalin di Bumi Kenyalang yang sama-sama kita cintai kerana itulah tonggak kekuatan untuk menjadikan Sarawak wilayah yang aman dan makmur,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU