ARTIKEL

Bot LSS dijumpai penduduk kampung di kawasan Sungai Sai Selumit yang terletak kira-kira satu kilometer dari Tanjung Manis. - Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei.

Kehilangan bot LSS ada unsur jenayah, polis buru pelaku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Polis sedang giat memburu individu yang terbabit kehilangan bot milik Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, berikutan terdapat unsur jenayah di sebalik insiden itu.

Bot yang dilaporkan hilang pada jam 6.00 pagi Isnin itu bagaimanapun ditemui semula di Sungai Sai Selumit yang terletak kira-kira satu kilometer dari jeti Tanjung Manis.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superitendan Aswandy Anis, berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan berhubung penemuan itu.

“Siasatan awal polis mendapati beberapa barangan dalam bot itu hilang dipercayai dicuri.

“Kes ini sedang disiasat di bawah sek 379 Kanun Keseksaan.

Tindakan mengesan pelaku sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

“Saya juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini agar melaporkannya ke balai polis berhampiran,” katanya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)