ARTIKEL

Keindahan sejarah, budaya Sambas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEINDAHAN budaya dan sejarah Sambas mampu diketengahkan menerusi Seminar Sejarah Kesultanan Sambas anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menurut Penasihat Program, Shaik Azahar Shaik Hussain, kerjasama antara Sarawak dengan Sambas dalam melaksanakan program sebegini mampu mengukuhkan silaturahim.

“Kita cuba rapatkan hubungan, jadi ini platform yang betul untuk menjayakan matlamat tersebut.

Kami mempunyai bekas pelajar berasal dari Indonesia di Sambas yang rapat dengan Pangeran.

“Untuk pengurusan seni yang saya ajar sekarang, ia bukan sahaja untuk program tetapi juga melibatkan seminar, webinar dan sebagainya,” ujarnya ketika ditemu bual Suara Sarawak di Muzium Budaya Borneo, barubaru ini.

Dalam masa yang sama, Shaik Azahar merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Muzium Budaya Borneo Sarawak, Nancy Jolhi kerana memberikan ruang untuk menjayakan program ini.

“Kita akui kalau buat di UNIMAS tidak ramai yang datang.

Apabila buat di sini (Muzium Budaya Borneo) memang ramai orang yang datang dan kebanyakannya dalam kalangan orang tua yang ingin tahu sesuatu.

“Jadi, saya sangat gembira peserta banyak bertanya soalan.

Saya sebenarnya nak lari daripada topik politik dan lebih gemar akan sejarah serta silaturahim yang kita boleh wujudkan,” ujarnya. 

KELAINAN

Tambahnya, penganjuran seminar ini untuk mencari kelainan berbanding program biasa memandangkan mereka ada lima tenaga pengajar (pensyarah) di FSGK.

“Sultan Sambas mereka pakai songkok bukan tengkolok.

“Apabila saya buat penelitian di Sarawak, kita pakai songkok dan bukan tengkolok,” dedah beliau yang tertarik untuk berkongsi budaya Sambas kepada masyarakat di Sarawak.

 Menurut Shaik Azahar, setiap tahun mereka akan melaksanakan seminar di fakulti FSGK.

 “Tahun lepas kami adakan enam program.

Bagaimanapun, tahun ni disebabkan kekurangan pelajar, kami buat tiga sahaja.

“Sebelum ini kami buat tentang Pesta Kebudayaan daripada perspektif berlainan.

Ambil cerita daripada komuniti Orang Ulu, Melanau dan Iban.

“Kali ini kita buat untuk Pangeran Sambas pula,” ujarnya. 

Justeru, pihak fakulti memerlukan topik berkaitan penggunaan gelaran perabangan dan sebagainya. 

Dari situ, kita nampak Saribas dan Sambas ada persamaan.

Di Sarawak ada yang bernama Radin, Mas dan Tan sebagai gelaran yang merujuk kepada golongan bangsawan.

“Ini kerana, pada zaman kerajaan lama, mereka nak lari daripada dikenali semasa peperangan.

“Besar harapan saya untuk membawa kepada yang lebih besar lagi. Contohnya kita buat konferensi yang menyatukan Sambas, Pontianak, Sarawak, Brunei Darussalam dan Sulu dalam satu tempat serta berbincang tentang kerajaan negeri lama yang berkaitan dengan sejarah, bukan politik,” ujarnya. 

Program Ilmu Tradisional daripada Profesor Datuk Rashidah Abdul Hassan yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pustaka Negeri Sarawak berlangsung, barubaru ini.

Ia tentang perkara yang dibuat dahulu yang dianggap kuno, tetapi mungkin masih boleh diterima sehingga kini.

“Kita gunakan ilmu lama untuk perkenalkan apa-apa petua atau tabu dan kita tafsirkan sebab perkara tersebut. 

“Contohnya tidak boleh buka payung di dalam rumah, tidak boleh bersiul di dalam rumah,” jelasnya.

CABARAN

Sementara itu, Pengarah Program Seminar Kesultanan Sambas, Fabian Isek berkata, sekitar 100 tetamu hadir menyaksikan seminar ini yang memberi manfaat dalam merapatkan salasilah keluarga Kesultanan Sambas dan Malaysia. 

Namun kekangan dari segi masa menjadi cabaran utamanya dalam penganjuran seminar.

Bagaimanapun, setiap pasukan berjaya mengatasi segala cabaran dengan bersatu hati.

“Harapan untuk seminar ini agar menjadi titik permulaan berkaitan perkongsian sejarah Kesultanan Sambas kepada orang awam.

Selain itu, saya berharap kami mampu menganjurkan seminar berbentuk sedemikian pada masa akan datang,” katanya. 

Menariknya, pewaris takhta Kesultanan Alwatzikhoebillah Sambas, Pangeran Ratu Muhammad Tarhan turut berkongsi maklumat berkaitan salasilah dan sejarah keluarga menerusi seminar tersebut.

BERITA LAIN

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

Berenang terapi autisme

PENGANJURAN FESTIVAL RENANG AUTISME (MASF) 2024 disifatkan mampu mengubah stigma masyarakat terhadap kanak-kanak autistik. Ia mendedahkan golongan ini kepada persekitaran luar serta mencungkil bakat terpendam

Lagu UiTM mendunia

TULAR di media sosial apabila beberapa video di aplikasi TikTok melihatkan graduan luar negara yang menggunakan lagu Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai isi kandungan. Video

Isteri bahagia keluarga harmoni

ISTERI bahagia penting dalam konteks keharmonian keluarga dan peranan wanita. Isteri bahagia merujuk kepada keadaan wanita tersebut berasa puas dan gembira dengan kehidupan perkahwinannya serta

BERITA TERBARU