ARTIKEL

KEISTIMEWAAN RAMADAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANYAK dalam al-Quran tentang keistimewaan Ramadan diceritakan di yang sedang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia.

Ia juga menjadikan umat Islam merasakan nikmat menjalani ibadah pada Ramadan serta mengharapkan ganjaran  berlipat kali ganda daripadaNya. Keistimewaan Ramadan ia turut dikenali sebagai bulan keberkatan.

Justeru, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datang kepadamu Ramadan (dengan kelebihan lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardukan puasa terhadap kamu, dibuka pintu syurga, dikunci pintu neraka, dibelenggu syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad SAW dari melakukan pelbagai ibadah), di dalamnya ada malam lailatul qadr iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberi kebajikan malam itu, maka sesungguhnya dia tidak diberi kebajikan kepadanya.” (maksud hadis riwayat an-Nasai’e)

BULAN KEBAIKAN

Selain itu, umat Islam dianjur memperbanyak doa, mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran serta mengukuhkan hubungan, baik dalam konsep hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia. Ia harus seimbang untuk mendapat reda Allah. 

Ramadan turut dikenali sebagai bulan puasa, bulan al-Quran kerana al-Quran diturunkan pada bulan mulia ini seperti fi rman Allah: Beberapa hari yang ditentukan itu ialah Ramadan, bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan petunjuk itu dan perbezaan (antara hak dengan batil.” (maksud al-Baqarah: 185).

Bulan kesabaran dan bulan keampunan juga termasuk dalam keistimewaan Ramadan. Antara waktu mustajab untuk berdoa adalah sebelum berbuka puasa antara azan Maghrib pada Ramadan.

Oleh itu, orang beriman pasti menggunakan peluang yang diberikan itu untuk memohon keampunan atas dosa yang dilakukan.

Sabda Rasululah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.” (maksud hadis riwayat Bukhari )

Ia turut dikenali sebagai bulan kesabaran kerana ibadah puasa dan sabar saling berhubung kait. Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang yang sabar. 

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang sabar disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.” (maksud al-Zumar: 10)

Keistimewaan Ramadan selanjutnya ialah kita sering dengar pada 10 malam terakhir adanya malam lailatulqadar. Lailatulqadar merupakan salah satu malam pada 10 malam terakhir dan ganjil Ramadan. Bahkan disebutkan malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Seperti fi rman Allah SWT: “Sesungguhnya kami menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar. (maksud al-Qadr: 1-5 )

UMRAH PADA RAMADAN

Sejak tibanya Ramadan, umat Islam beramai-ramai mengambil kesempatan mengerjakan ibadah umrah bagi memperoleh nikmat beramal ibadat dan mengejar pahala di Tanah Suci Makkah.

Pahala sewaktu mengerja umrah pada Ramadan ada keistimewaannya yang tersendiri kerana ia setimpal atau menyamai pahala mengerjakan ibadah haji.

Seperti sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya umrah pada Ramadan sama dengan pahala haji.” (maksud hadis riwayat Bukhari )

Jika hendak mengerjakan ibadah umrah, bulan yang paling sesuai adalah pada Ramadan kerana terdapat kelebihan lailatulqadar. Sekiranya berkemampuan, tunaikan ibadah umrah — tempat paling istimewa untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan