ARTIKEL

Julaihi (lima kiri) bergambar bersama pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama MUT di BCCK di sini, semalam.

Kerjasama SEB-PETROS sasar 2,000 MW tenaga elektrik janaan gas mantapkan pembangunan di Miri, Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Bhd (SEB) dengan kerjasama Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) menyasarkan untuk menghasilkan 2,000 megawatt (MW) tenaga elektrik janaan gas bagi memantapkan pembangunan di Miri dan Bintulu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, berkata ini susulan pembinaan Stesen Janakuasa ‘Combine Cycle Gas Turbine’ (CCGT) di kedua-dua bahagian tersebut di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

“Dijangka bahawa CCGT di Miri akan menghasilkan sebanyak 500MW tenaga elektrik, sementara di Samalaju, Bintulu, jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan adalah 1,500MW. 

“Dengan pembangunan ini, Sarawak akan mendapat manfaat daripada peningkatan bekalan elektrik sebanyak 2,000MW, yang sebahagian besarnya berasal daripada gas. 

“Gas, sebagai sumber tenaga biru, diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan kestabilan dan kebolehpercayaan dalam bekalan elektrik di Miri dan Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Jelas Julaihi, PETROS juga mempunyai kewajipan untuk menambah baik seterusnya membina rangkaian di seluruh Sarawak di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

“Jadi maknanya peranan PETROS adalah lebih besar daripada yang ada sekarang. 

“PETROS akan terlibat sepenuhnya dalam perolehan, penyimpanan, pengedaran, membaiki mesin penekan bukan sahaja untuk kegunaan pengguna domestik tetapi juga bagi pelabur keperluan dan juga penjanaan kuasa,” katanya.

Julaihi mendedahkan pelantikan PETROS sebagai ‘gas aggregator’ (pengagregat gas) di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan), 2023 telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2024 lepas.

Justeru katanya, apa-apa hasil dan pendapatan daripada pelantikan ini akan diumumkan nanti oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

“Pelantikan PETROS sebagai ‘gas aggregator’ adalah langkah kita yang pertama, jadi hasilnya insya-Allah kita tunggu. 

“Apa-apa hasil nanti akan diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” jelasnya.

Julaihi (tiga kiri) menyambut hari lahir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama MUT di BCCK di sini, semalam.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA