ARTIKEL

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim.

Kejayaan anjur Kejohanan Muaythai Piala Premier 2024 berikan kredit berganda kepada PMNS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Muaythai Piala Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg 2024 yang berlangsung di Naim Street Mall Paragon, Bintulu baru-baru ini berjaya menggandakan kredit bagi badan induk, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS).

Ia tidak hanya berupaya melahirkan bakat baharu dalam sukan tempur jarak dekat itu, tetapi ia juga menjadi landasan buat atlet yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024 untuk memperkemaskan prestasi masing-masing.

Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim, menegaskan keberkesanannya dapat dilihat apabila atlet terbabit bersemuka dengan pesaing mereka dari negeri-negeri lain.

“Kredit berganda diperoleh kita (PMNS) hasil usaha mengelola kejohanan terbabit.

“Selain berjaya melahir bakat baharu, pada masa sama ia menjadi pentas buat mereka yang akan beraksi di temasya SUKMA Sarawak 2024 kelak melihat kemampuan diri,” ujar Jumaat kepada Arena Suara Sarawak.

Selain itu, tegas Jumaat, kejohanan itu juga merupakan pendedahan awal kepada atlet untuk merasai perlawanan kompetitif sebenar.

Katanya, kejohanan selama tiga hari itu (24-26 Mei) juga boleh dikatakan menjadi penanda aras terbaik buat PMNS untuk mencongak misi pemburuan sebarang pingat.

“Mengambil kira prestasi yang dipamer atlet terbabit, ia secara tidak langsung akan membolehkan kami (PMNS) merangka pelan terbaik ke arah memburu sebarang pingat,” tambah Jumaat.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU