Trending

Kejayaan belia bimbingan mentor berterusan – Cikgu Taib Kipli

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JANGAN jadikan bidang pertanian pilihan terakhir kerjaya masa depan.

Demikian kata tenaga pengajar dalam bidang fertigasi komersial Sarawak, Cikgu Taib Kipli, 57, yang mahu lahirkan lebih ramai usahawan tani terutama dalam kalangan belia.

Menurut beliau, ramai kalangan belia yang menceburi bidang pertanian hanya separuh jalan kerana tiada minat dan tiada bimbingan mentor secara berterusan.

Katanya, kejayaan bidang pertanian bergantung kepada tiga komponen utama iaitu minat, ilmu dan modal.

“Kerajaan hanya membantu memberi kursus pertanian dan geran kepada peserta, namun hanya membiarkan peserta itu sendiri mula dan bergerak sendiri.

“Pada penghujungnya, peserta yang menjalankan aktiviti fertigasi komersial berhenti separuh jalan kerana tiada bimbingan dan ilmu yang cukup daripada mentor yang berpengalaman apabila berdepan pelbagai masalah dalam pertanian.

LAHIRKAN USAHAWAN BIDANG FERTIGASI

“Kami bukan mahu mengajar bercucuk tanam, kerana kalau belajar bertanam semua orang tahu, tapi kami mahu lahirkan usahawan tani dalam bidang fertigasi komersial di seluruh Sarawak,” katanya ketika ditemui oleh Suara Sarawak di kediamannya di Kota Samarahan baru-baru ini.

Bagi peserta kursus iaitu Hashim Hasli, 32, mula meminati bidang pertanian moden apabila rajin menyertai pelbagai kursus pertanian yang diadakan oleh pihak kerajaan mahu pun swasta.

Malah, Cikgu Taib usahawan tani dalam bidang fertigasi komersial di seluruh Sarawak,” katanya ketika ditemui oleh Suara Sarawak di kediamannya di Kota Samarahan baru-baru ini.

Bagi peserta kursus iaitu Hashim Hasli, 32, mula meminati bidang pertanian moden apabila rajin menyertai pelbagai kursus pertanian yang diadakan oleh pihak kerajaan mahu pun swasta.

Malah, Cikgu Taib turut berbangga melihat kesungguhan Hashim mengusahakan tanaman fertigasi secara komersial.

“Hashim menjadi antara anak muda pertama membuka ladang rock melon fertigasi di Kampung Salah Kecil, Pulau Bruit dengan memanfaatkan tanah milik keluarga,” katanya kepada pemberita.

Justeru, Cikgu Taib berkata setiap usahawan tani perlu sentiasa menimba ilmu baharu berkaitan pertanian moden setiap masa agar usaha meningkatkan hasil tani dapat dilakukan secara berterusan.

Beliau yang juga pengasas SUKIP Farming bercita-cita tinggi menubuhkan pusat pengumpulan hasil tani agar dapat dijual secara komersial.

Matlamat utama beliau ialah mengurangkan permintaan import dari luar sumber makanan berasaskan sayuran dan buahan-buahan. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru