ARTIKEL

Kejayaan Bonnie, hadiah ulang tahun kelahiran bapanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bapa kepada jaguh powerlifting negara, Gustin Jenang amat gembira dengan kejayaan anaknya, Bonnie Bunyau yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Komanwel, Birmingham 2022, lewat malam tadi.

BANGGA….Gustin Jenang.

Sekali gus, menyifatkan pingat emas yang diperoleh anaknya menerusi kategori Lightweight itu sebagai hadiah hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55, pada 10 Ogos ini.

“Gembira dan tidak mampu berkata apa-apa, cuma terdetiik dalam sanubari ‘syabas anakku’,” kata Gustin ketika dihubungi Arena Suara Sarawak.

Terdahulu, Gustin mewakili keluarganya merakam ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah memberi sokongan serta mendoakan kejayaan anaknya itu.

Bonnie berprestasi cemerlang apabila berjaya mencatat mata tertinggi iaitu 154.6 menerusi bebanan angkatan 220kg dilakukannya pada percubaan ketiga.

Sekali gus, mencipta rekod baharu kejohanan.

Selepas mudah melepasi percubaan pertama dengan berat 210kg dan perubaan kedua dengan berat 216kg.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU