ARTIKEL

Kejayaan Bonnie, Yee Khie cetus inspirasi atlet Para Sukma Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan dua atlet para Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie meraih pingat di Sukan Paralimpik 2020 jelas memberi impak positif kepada negeri ini.

Pingat emas dan pingat perak yang diraih kedua-dua atlet tersebut bukan sahaja menunjukkan kredibiliti Sarawak dalam sukan membabitkan Orang Kelainan Upaya (OKU) di peringkat dunia.

Menteri Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Seri Hajah Fatimah Abdullah berkata, ia turut berupaya mencetus inspirasi kepada atlet-atlet muda khususnya mereka yang akan bersaing di temasya Sukan Para Sukma Johor tahun depan.

“Seluruh rakyat Sarawak amat berbangga dengan pencapaian mereka termasuk penampilan hebat tiga lagi atlet kita (Jamery Siga, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dan Wiro Julin) yang turut mewakili negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Menyambut Kepulangan Wira-Wira Kenyalang, Atlet Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Menurutnya, kejayaan dikecapi oleh Bonnie dan Yee Khie adalah bukan mudah kerana ia memerlukan usaha serta kerja keras yang menuntut pengorbanan.

“Kita dapat melihat betapa besar pengorbanan yang dilakukan kesemua atlet para Sarawak ini, sentiasa tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang biarpun terpaksa berpisah dengan ahli keluarga di kampung halaman,” tambahnya.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU