ARTIKEL

Datuk Nicol Ann David | BERNAMA

Kejayaan Sivasangari mampu beri motivasi untuk emas di Olimpik — Nicol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan ratu skuasy negara S. Sivasangari muncul juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London memberi sinar kepada skuad negara untuk memburu emas pertama menerusi sukan itu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, menurut legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David. 

Nicol menyifatkan persembahan cemerlang ditampilkan Sivasangari mampu memberi tonik tambahan buatnya untuk memburu emas di temasya berprestij itu, apatah lagi beliau berjaya mengetepikan tiga pemain di ranking 10 terbaik dunia dalam satu kejohanan. 

“Saya rasa memang hebat apa dicapai Sivasangari, beliau bekerja keras, beliau mampu menewaskan pemain nombor satu, dua dan empat dunia dalam satu kejohanan, satu pencapaian yang menakjubkan dan saya gembira beliau dapat memanfaatkan momentum daripada suku akhir hingga final, sangat bangga dengan beliau.

“Saya ucapkan selamat maju jaya untuknya kerana kita tahu apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan itu dan terus maju dengan rangsangan positif untuk kejohanan seterusnya,” katanya kepada Bernama semalam.

Dalam pada itu, Nicol berkata Sivasangari perlu berhati-hati kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku memandangkan tempoh untuk ke Sukan Olimpik Los Angeles masih panjang. 

Baca lain  Program Rakan Muda jadi keutamaan

Katanya, atlet berusia 24 tahun itu perlu menggunakan masa yang ada untuk membuat persediaan rapi menjelang temasya empat tahun sekali itu. 

“Saya berpendapat semua orang ada matlamat untuk emas, saya rasa untuk Sivasangari masih ada empat tahun lagi, kita semua menyokong beliau, banyak boleh berlaku, terpulang padanya untuk melakukan apa yang dia mahu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain skuasy negara Sharon Wee menyifatkan kecemerlangan yang ditampilkan Sivasangari dilihat mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan Malaysia dalam sukan itu dengan merampas semula ranking pertama pada masa akan datang.

“Sivasangari berada di ranking ke-13, kedudukan ke-10 terbaik sudah pasti dalam tangan, lima terbaik sangat berkemungkinan, nombor satu boleh, tapi untuk ke proses itu kita harus memberi ruang kepada beliau untuk lebih berjaya, dia sudah buat berbaik menang pingat emas, peluang sudah pasti ada,” katanya. 

Dalam pada itu Sharon yang juga Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) turut menyifatkan Sivasangari sebagai pemain cekal kerana mampu bangkit mencipta sejarah meskipun mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tahun lepas.  

Baca lain  JDT dapat peluang ke pusingan kedua

“Beliau sangat kuat dari segi mental, pada masa sama bekerja keras mencapai misi, dan cara dia main sangat agresif dan pintar, beliau sememangnya layak menerima imbuhan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas kejayaannya,” katanya

Sivasangari melakar sejarah tersendiri selepas muncul juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London dengan menyingkirkan pemain ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir, di pentas final pada Isnin.

Pada kejohanan itu, beliau turut mengetepikan pemain keempat dunia Nele Gilis pada separuh akhir pada Ahad selepas menyingkirkan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini di suku akhir pada Sabtu.

Kejayaan ke final kejohanan bertaraf emas itu juga menyamai rekod yang pernah dicatatkan Nicol pada 2015.

Sebagai rekod, Sivasangari turut mencipta sensasi tahun lalu apabila menghadiahkan kontinjen negara pingat emas acara perseorangan wanita di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menewaskan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk, 3-2. — BERNAMA

BERITA LAIN

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,