Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Kejayaan Tropi Sarawak tangani jerebu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika (Tropi) Sarawak menjadi tuan rumah Bengkel Antarabangsa mengenai Jerebu dan Pembakaran Biomas di Asia pada 9 hingga 10 Julai.

Bengkel tersebut sebahagian projek antara Institut Antarabangsa untuk Sistem Analisis Gunaan (IIASA), Akademi Sains Malaysia (ASM) serta pihak Tropi.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merangkap rakan ASM Datuk Abu Bakar Jaafar berkata, kerjasama dengan Tropi dibuat kerana kejayaan yang dibuktikan ketika jerebu pada 2015.

“Kami mendapati tiada api di kawasan panas seperti tanah gambut di Sarawak dan ia membuktikan pihak Tropi menjalankan tugas dengan baik.

“Kami kagum dengan kejayaan yang diperolehi oleh Tropi sejak 10 tahun lalu. Selepas bengkel diadakan di Bandung, kami memilih tempat ini untuk mengadakan bengkel kali kedua,” katanya pada sidang media di Tropi di sini, semalam.

Tambah Abu Bakar, kerjasama tersebut merupakan penglibatan terbesar antara Tropi dan Kerajaan Sarawak untuk Malaysia.

“Terdapat tiga strategi yang dijalankan. Pertama adalah iklim dan kualiti udara, pengurusan kawasan tanah gambut dan bagaimana untuk menukar bahan yang digunakan ke kuasa atau menjadi tenaga,” ujarnya.

Baca lain  Dua polis didakwa lakukan rompakan berkumpulan

Kata Abu Bakar, setelah kajian ini berjaya, pihaknya mahu berkongsi hasil dengan rakan-rakan di Indonesia, Thailand dan di seluruh dunia.

“Untuk membantu mempromosikan usaha ini, kita melibatkan agensi antarabangsa seperti IIASA dan ASM.

“Melalui kajian ini, kita akan mempunyai keupayaan untuk meramal bila kita dilanda jerebu.

“Kita juga akan berusaha untuk membanteras kebakaran yang dilakukan oleh masyarakat dengan mengambil bahan dan membayar kepada mereka serta menukarnya kepada tenaga,” jelasnya.

Sementara itu Pengurus Tropi Sarawak Dr. Lulie Melling berkata, Tropi mengamalkan kepercayaan untuk kemapanan yang menenakankan peranan memanfaatkan sumber tanah gambut tropika sumber asli Sarawak.

“Misi kami adalah untuk memberi tumpuan kepada pengawasan dan bertanggungjawab dalam kawasan tanah gambut melalui pemuliharaan dan amalan yang mampan.

“Masyarakat juga perlu tahu bahawa pembangunan pertanian tanah gambut adalah untuk memenuhi aspirasi Sarawak dalam memajukan sosioekonomi,” ujarnya.

Dr Lulie turut menekankan pentingnya Model Triple Helix Kerjasama Kerajaan-Universiti-Industri, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi negara.

Menurutnya, Tropi ditubuhkan untuk menangani cabaran dalam tanah gambut dengan kerjasama kerajaan dan agensi yang berkaitan terutamanya dalam menyelesaikan masalah pelepasan karbon.

Baca lain  Berang dituduh, lelaki pukul rakan baik hingga patah tangan

“Pembangunan tanah gambut, pendekatan yang digunakan adalah proses tanah, sinergi antara pengurusan agro dan faktor alam sekitar.

“Matlamat kami adalah untuk merumuskan amalan pengurusan terbaik di tanah gambut melalui pelaksanaan pengurusan agro alam utama yang kompeten dan boleh disesuaikan dengan gambut.

“Ia boleh dicapai dengan memasukkan sintesis prosedur yang berpusat pada penemuan pengkaji, pengetahuan dan pemahaman dalam tanah gambut tropika,” jelasnya dalam satu kenyataan media semalam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru