ARTIKEL

Kejohanan Badminton Dayak Piala Dato Paran berskala lebih besar tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kejohanan Badminton Dayak Berpasukan Piala Dato Paran 2023, Borneo MA Smart Vendor Sdn. Bhd. bakal dianjurkan pada skala lebih besar pada masa akan datang.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Anderson Dato Paran berkata, pihaknya teruja dengan sambutan amat memberangsangkan pada penganjuran edisi pertama yang diadakan di Stadium Tertutup Sibu.

“Pertandingan yang kita anjurkan baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat sukan badminton tempatan.

“Ia memberi inspirasi kepada kami untuk cuba menjadikannya sebagai acara tahun pada skala yang lebih besar,” ujar Anderson.

Menurutnya, pendekatan tersebut diharap dapat memberi peluang kepada pasukan handalan seluruh negeri ini untuk turut.

Kejohanan pada 24 November itu telah disertai sebanyak 11 pasukan mewakili pelbagai kelab dari Kuching, Sibu dan Miri. Melibatkan berapa kategor iaitu terbuka, veteran dan senior.

Tamat saingan menyaksikan pasukan PSR muncul juara dan menerima hadiah wang tunai RM2,000 selain piala dan pingat.

Manakala, naib juara milik pasukan Aya Sigat A yang turut membawa pulang wang tunai RM1,200 termasuk piala dan pingat.

Sementara itu, pasukan Kemuyang A dan JDBC yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM500 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

BERITA TERBARU

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga