Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Kejohanan Bina Badan Dunia Ke-12: Gandingan Buda dan Meilaura raih pingat perak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
HEBAT...Ganding Buda Anak Anchah (kiri) dan Meiluara Dora Jimmy (kanan) bersama pingat yang dimenangi mereka.

KUCHING: Gandingan dua jaguh bina badan negara kelahiran Sarawak, Buda Ancah dan Meilaura Dora Jimmy mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pemenang tempat kedua kategori berpasangan campuran di Kejohanan Bina Badan Dunia Ke-12 2021 yang berlangsung di Taskent, Uzbekistan.

Kedua-duanya menghadiahkan pingat perak buat kem negara dan negeri Sarawak.

“Cukup gembira kerana berjaya meraih pingat perak untuk kategori tersebut.

“Ia merupakan penampilan pertama kami dalam acara berkenaan” ujar Buda kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Buda, beliau dan pasangannya (Meilaura Dora Jimmy) telah memberikan persembahan terbaik sepanjang saingan.

Katanya, saingan sengit dilalui mereka dalam acara tersebut kerana kebanyakan wakil dari negara lain yang tidak kurang hebatnya.

“Apa pun, saya tetap berbangga kerana berjaya meletakkan diri dalam kelompok tiga terbaik,” jelas Buda lagi.

Sebelum itu, Buda turut berjaya meraih dua pingat perak dalam dua kategori kegemarannya iaitu 70 kilogram dan 80 kilogram (40-49 Tahun).

Kejohanan tersebut bermula 1 Oktober lalu dan melabuhkan tirainya hari ini (7 Oktober).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru