ARTIKEL

Kejohanan bola baling September ini dijangka sengit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2024 kembali menemui peminatnya.

Acara azali badan induk, Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA) itu akan berlangsung dari 17 hingga 21 September nanti.

Setiausaha Agung SAHA, Dr Abang Ismail Abang Haji Julhi menegaskan, dua kategori akan dipertandingkan dalam kejohanan terbabit.

Bagi kategori lelaki merebut Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-17 manakala kategori wanita pula merebut Piala Datuk Haji Abdul Rahman Junaidi Edisi Ke-12.

Menurut Dr Abang Ismail lagi, pihaknya menjangka saingan kali ini lebih sengit mengambil kira maklum balas diberikan wakil pasukan yang ingin turut serta.

“Maklum balas yang kita terima setakat ini cukup positif sekali gus ia menjadi penanda rasa bahawa pertembungan lebih sengit sepanjang lima hari kejohanan itu berlangsung kelak,” ujar Dr Abang Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Dr Abang Ismail, pasukan yang dijangka turut serta bukan sahaja kelab handalan seluruh Sarawak.

Malah katanya, kelab dari Semenanjung termasuk Sabah juga turut mengesahkan penyertaan untuk saingan kali ini.

“Wakil pasukan di beberapa buah negara seperti Kalimantan Barat, Indonesia dan Brunei Darussalam juga akan turut serta,” tambah Dr Abang Ismail lagi.

KAPSYEN: – JUARA BERTAHAN…Pasukan POB dari Perak merupakan juara kategori lelaki tahun lepas.

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU