ARTIKEL

Bakeri Haji Aini@Buang (kiri) menyerahkan jersi rasmi kepada ketua pasukan, Sejili Hapni (kanan) pada majlis ringkas malam tadi.

Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran Kudat Classic FC Edisi ke-3 2024: Kaslap FC sedia gegar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab yang semakin digeruni kredibiliti mereka, Kaslap FC, siap sedia untuk mencipta kejutan pada penampilan di Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran Kudat Classic FC Edisi ke-3 2024.

Sasaran awal diletakkan pengemudi berpengalaman luas, Bakeri Haji Aini@Buang terhadap anak-anak buahnya untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.

“Kita sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi gelora sebenar kejohanan yang akan berlangsung di negeri jiran (Sabah) kita itu bermula dari 29 hingga 30 Jun ini.

“Walaupun Kaslap FC dilihat sebagai bukan pilihan, namun kelompok tiga terbaik adalah sasaran kami,” ujar Buang.

Malam tadi berlangsung Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Jersi Kaslap FC di kediamannya di Kampung Bintawa Hilir, Kuching.

Menurut Buang, beliau yakin pasukannya mampu melakukan kejutan pada penampilan kejohanan itu nanti.

Keyakinan itu mengambil kira persiapan rapi dilakukan pasukannya selain turut diperkuat barisan pemain yang pernah beraksi dalam liga tempatan.

“Skuad Kaslap FC dibarisi pemain berpengalaman yang pernah beraksi dalam kancah liga tempatan.

“Dengan persiapan rapi kami sejak beberapa bulan lalu, diharap ia mampu memberi kredit tambahan untuk pemain dalam merealisasi misi ke arah itu,” tambah Buang lagi.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari