ARTIKEL

Penyerang Rezama FC, Ismadi Bujang (kiri) diasak dua pertahanan SU Ent FC pada perlawanan tersebut. | Foto: Ghazali Bujang

Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala ADUN Sebuyau 2024: Kemaraan mudah buat lima pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Pusingan pertama Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Seri Julaihi Narawi bermula Ahad lalu.

Lima pasukan mudah mara ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan lawan masing-masing.

Penampilan Lariwoo Vet FC antara yang mencuri tumpuan.

Juara bertahan itu memastikan slot ke pusingan seterusnya selepas berjaya menyingkirkan Kaslo FC dengan kemenangan selesa (3-0).

Ia diikuti kemenangan 4-1 yang dicatatkan oleh Jemukan Vet ke atas Phoenix Plus.

Begitu pun, amaran awal diberikan Tedung Melancar ke atas pesaing lain apabila berpesta gol dengan kemenangan 6-1 ketika berdepan AWS FT.

Dalam pada itu, nasib seakan memihak kepada pasukan SU Ent FC apabila beroleh kemenangan tipis 2-1 ke atas Rezama FC.

Sambil itu, kemenangan serupa 2-1 berjaya diperoleh pasukan Vet Kem ke atas KRP Samariang.

Pengerusi kejohanan, Osman Jamel memberitahu, aksi cukup sengit ditampilkan pemain dari kesemua pasukan yang beraksi.

“Pasukan yang beraksi menyenaraikan ramai bekas bintang ternama dan peminat yang membanjiri persekitaran padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau cukup terhibur,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli