Kejohanan BTC jadi medan cubaan menarik pelancong kembali ke S’wak

KUCHING: Kejohanan larian Klasik Trail Borneo (BTC) anjuran Persatuan Kecergasan Kuching (PFK) bakal memberi peluang kepada rakyat Sarawak berlari bersama pelumba trail berkelas dunia pada 16 Oktober sehingga 17 Oktober depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, larian lasak tersebut bakal mempamerkan atlet tempatan Sarawak yang setaraf atlet kelas dunia.

“Kejohanan ini bukan sahaja mencabar fizikal tetapi juga mental terutamanya kategori ultra trail 100 kilometer dan trail 50 kilometer apabila seseorang memerlukan ketabahan mental untuk menamatkan perlumbaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Karim, kejohanan tersebut merupakan satu platform dan dan peluang yang baik untuk memberi keyakinan kepada para peserta untuk datang ke Sarawak sekali gus mengisi peta dunia sebagai destinasi pelancongan sukan.

Untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak 04 Mac 2021

Suara Sarawak