Trending

Kejohanan Hoki Piala Hornbill SSC-PHNS 2023: Penguasaan hebat pasukan Paku

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
JOHAN WANITA... Datin Mary Sadiah Zainuddin (empat dari kiri) merakam gambar bersama pemain  Paku Girls.

KUCHING: Pasukan Paku S (kategori lelaki) dan pasukan Paku Girls (kategori wanita) dinobat sebagai juara bagi Kejohanan Hoki Piala Hornbill SSC-PHNS Bawah 18 Tahun 2023.

Berlangsung selama empat hari bermula 7 hingga 10 September lalu di Stadium Hoki Negeri Sarawak, Jalan Padungan dan Stadium Hoki, Petra Jaya, juara berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 beserta piala, pingat dan sijil.

Manakala, pasukan BSB HT bagi kategori lelaki sekadar berpuas hati ditempat kedua dan menerima wang tunai RM1,500 termasuk pingat dan sijil.

Tempat ketiga milik pasukan Bako SSC yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 selain pingat dan sijil.

Pasukan Penrissen Excalibur HT menduduki tempat keempat dan turut membawa pulang wang tunai RM700 dan sijil.

Bagi kategori wanita, nNib juara kategori terbabit disandang pasukan Lion Warrior dan menerima wang tunai RM1,500 selain pingat dan sijil.

Tempat ketiga milik Fighter HC dan turut membawa pulang wang tunai RM1,000 selain pingat dan sijil.

Manakala, hadiah wang tunai RM700 dan sijil diterima pasukan Serian Ninja selaku pemenang tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Presiden PHNS, Datin Mary Sadiah Zainuddin.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru