ARTIKEL

Kejohanan Kabaddi Remaja Kebangsaan 2023: Pencapaian hebat Sarawak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pencapaian cukup hebat dipamer skuad Kabaddi Lelaki dan Wanita Sarawak pada Kejohanan Kabaddi Remaja Kebangsaan, Melaka 2023 apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik. 

Kejohanan berkenaan menyaksikan skuad lelaki muncul naib juara, manakala pasukan wanita menduduki tempat ketiga bersama dengan Kedah.

Juara bagi kategori lelaki ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menduduki tempat ketiga bersama.

Dalam pada itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berjaya mengungguli kategori wanita sambil, Perak menduduki tempat kedua.

Kejohanan anjuran Persatuan Kabaddi Malaysia itu berlangsung dari 15 hingga 17 Disember lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negara, Ayer Keroh, Melaka.

Lapan pasukan lelaki dan tujuh pasukan wanita turut serta dalam kejohanan tiga hari itu.

KETIGA BERSAMA…Pasukan Kabaddi wanita Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan