ARTIKEL

Awang Putrayusrie (lima kiri) dan yang lain bergambar bersama salah seorang pemenang.

Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024: Landasan terbaik uji keupayaan atlet dan venue

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penganjuran Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg 2024 yang diadakan di Naim Paragon Street Mall, Bintulu bermula dari 24 hingga 26 Mei dilihat amat bertepatan.

Ia bukan sahaja menjadi landasan menguji keupayaan sebenar atlet yang terpilih mewakili Sarawak berentap di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 kelak.

Malah, pendekatan awal bagi Jawatankuasa Teknikal SUKMA Sarawak dalam mengenal pasti keperluan pada saingan sebenar temasya dwitahunan negara yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos akan datang, apatah lagi memandangkan pusat terbabit (Naim Paragon Street Mall) merupakan venue bagi acara sukan Muaythai.

“Penganjuran kejohanan ini juga dilihat sebagai pentas awal menguji kemampuan para atlet Muaythai kita.

“Pada masa sama memberi peluang kepada Jawatankuasa Teknikal SUKMA Sarawak untuk melihat keperluan secara menyeluruh dalam menyediakan gelanggang terbaik buat atlet yang bertanding,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menyaksikan perlawanan yang berlangsung di kejohanan itu malam tadi.

Hadir sama Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim, dan barisan exco badan induk berkenaan.

Menurut Awang Putrayusrie, pengelolaan kejohanan itu juga menjadi panduan bagi ahli Jawatankuasa Kerja Teknikal di bawah kendalian PMNS dengan kerjasama SSC, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Persatuan Muaythai Malaysia, untuk mempersiapkan diri menghadapi SUKMA ke-21 Sarawak 2024.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit