ARTIKEL

Kejohanan Muaythai Piala TYT 2022 berlangsung 23 Disember ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setelah tertangguh hampir tiga tahun, acara berprestij Kejohanan Muaythai Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak kembali membuat kemunculan tahun ini.

Berlangsung pada 23 Disember ini, ia akan berlangsung di Zon A, Tebingan Kuching dengan beberapa petinju tempatan termasuk dari Semenanjung Malaysia mengesahkan penyertaan.

Antara yang mengesahkan penyertaan adalah atlet Muaythai kebangsaan dari Bintulu, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya yang sinonim dengan panggilan ‘Aman Koboi’ iaitu pemenang pingat perak pada temasya Sukan SEA 2019 Filipina.

AKAN BERLANGSUNG…Poster Kejohanan Muay Thai Piala TYT 2022.

Kata Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim, pihaknya selaku penganjur amat gembira kerana dapat kembali menganjurkan kejohanan berprestij tersebut selepas tertangguh beberapa tahun ekoran penularan wabak Covid-19 selain masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Alhamdulillah, setelah tertangguh lama, kita kembali menganjurkan kejohanan ini dan saya percaya peminat sukan Muaythai pastinya tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan membabitkan atlet handan berentap,” ujar beliau.

Menurut Jumaat, kali terakhir penganjuran kejohanan itu pada 2019 di Bintulu dan ia mendapat sambutan begitu hebat sekali.

Sehubungan itu, beliau percaya penganjuran kejohanan itu menjadi medium penting dalam mencungkil bakat baharu dalam sukan terbabit.

Tegasnya, ia memberi peluang kepada atlet yang mewakili negara mendapat pendedahan khususnya sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2023 dan kejohanan lain.

Seperti edisi sebelum ini, kejohanan kali ini juga mempertandingkan beberapa kategori iaitu amatur remaja, kanak-kanak dan dewasa untuk lelaki dan wanita bermula dari petang hingga ke malam.

Tumpuan pastinya terarah kepada pertembungan Super Fight Pro bagi merebut Piala TYT.

Bagi merancakkan aktiviti hari tersebut, turut diadakan persembahan seni beladiri silat, program Mari Mencuba Sukan Muaythai, pertandingan sukan elektronik (PUBG) yang membabitkan 54 pasukan dan banyak lagi.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta