ARTIKEL

KEJOHANAN PETANQUE DUNIA 2021: Empat atlet Sukma Sarawak berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat atlet dari skuad Petanque Sukma Sarawak akan berentap dalam Kejohanan Petanque Dunia (Triples & Precision Shooting) 2021 yang akan berlangsung di Santa Susanna, Sepanyol dari 12 hingga 21 November ini.

Mereka terdiri daripada Nuraza Sening, Nur Durratul Hikmah Yazit, Nur Syahirah Sabri dan Nur Durratul Iffah Yazit dengan diiringi Ketua Jurulatih, Ahmad Saberi Yusuf.

Ia merupakan pendedahan kepada atlet-atlet terbabit bagi persediaan menghadapi Sukma 2022 selepas hampir dua tahun tidak terlibat dengan kejohanan kompetitif ekoran pandemik Covid-19.

Kesemua atlet terbabit turut mendapat suntikan semangat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee.

“Kita berharap mereka dapat mempamer aksi terbaik sepanjang saingan sebenar kelak sekali gus beroleh kejayaan,” kata Dr Ong.

Menurut beliau, apa yang penting pemain dapat memanfaat kejohanan itu untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

“Kita tahu ramai pemain dari negara lain terlibat sama dan inilah peluang terbaik atlet kita menimba pengalaman di samping memperbaiki mutu permainan mereka,” katanya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.