Trending

Kejohanan Petanque Remaja dan Wanita Dunia 2023: Iffah, Shauqi galas cabaran negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
WAKIL NEGARA…Nur Durratul Iffah (kiri) dan Akhtar Shauqi Aini (kanan).

KUCHING: Dua jaguh petanque Sarawak Nur Durratul Iffah Yazit dan Akhtar Shauqi Aini  Mohd. Dom diberi kepercayaan mewakili negara dalam Kejohanan Petanque Remaja dan Wanita Dunia Edisi Ke-19 2023.

Kejohanan yang turut disertai beberapa buah negara lain itu akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula dari 22 hingga 28 November ini.

Kedua-dua pemenang pingat gangsa temasya Sukan SEA 2022 itu akan berentap dalam kategori masing.

Nur Durratul Iffah Yazit akan beraksi dalam kategori tiga berpasangan wanita (Trippe Women) sementara, Akhtar Shauqi Aini Mohd. Dom akan beradu nasib dalam kategori tiga berpasangan lelaki (Triple Men) dan Shooting.

Kem petanque negara untuk kejohanan tujuh hari itu menyenaraikan lapan orang pemain, tiga lelaki dan lima wanita.

Selain dua pemain dari Sarawak, empat lagi pemain dari Pahang. Sambil, Terengganu dan Kelantan masing-masing seorang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru