ARTIKEL

Kejohanan Petanque Trio Terbuka Sri Santubong dan Piala Landas PSPBK 2023: 130 pasukan berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kejohanan Petanque Trio Terbuka Sri Santubong Siri ke-15 dan Piala LANDAS PSPBK 2023 akan berlangsung di Pusat Petanque Sarawak, Kampung Santubong pada Sabtu dan Ahad ini.

Ini sekali gus, menyaksikan pertembungan 130 pasukan untuk merebut gelaran juara.

Pengerusi Landas Samarahan, Mohammad Zunica Mohamad Sapiee menjelaskan, himpunan pasukan turut serta dalam kejohanan dua hari itu ialah mewakili pelbagai kelab dari Sabah, Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka, Kelantan, Johor, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan.

Di samping kelab-kelab handalan dari Bahagian Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei, Saratok dan Bintangor.

“Saingan kali ini juga turut menyaksikan penampilan pasukan dari dua negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand.

“Tidak hanya itu, kejohanan kali ini turut disertai pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, agensi kerajaan seperti DBKU, penjara dan kelab Landas PSPBK termasuk Kelab Petanque Haji Kelali,” ujar Zunica ketika bercakap pada sidang media sebentar tadi.

Sementara itu, pada majlis sama berlangsung majlis penyerahan tajaan piala oleh Lea Sports Centre (LSC) yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn. Bhd., Raymond Sim Hee Pang.

Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching (PSPBK) dengan kerjasama Kelab Sosial Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LANDAS) dan Lea Sports Centre menyediakan hadiah cukup lumayan.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai berjumlah RM8,000 termasuk piala. Manakala, naib juara akan menerima wang tunai RM4,000 dan piala.

“Pasukan yang menduduki tempat ketiga akan menerima wang tunai RM2,000 serta piala
berbanding hadiah wang tunai RM1,000 termasuk pingat untuk pasukan ditempat keempat,” tambah beliau.

Di samping itu, hadiah wang tunai RM500 dan pingat untuk pasukan yang menduduki tempat ke-5 hingga ke-8. Selain wang tunai RM200 dan pingat diterima pasukan di tempat ke-9 hingga ke-16.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU