ARTIKEL

SIMBOLIK... Dr Sim Kui Hian (dua kiri) memukul gong sebagai simbol perasmian kejohanan itu malam tadi.

Kejohanan Ping Pong Terbuka Sarawak 2024: Pentas lahirkan bakat baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penganjuran Kejohanan Ping Pong Terbuka Sarawak LTS Ke-61 2024 tidak hanya dilihat sebagai pentas bagi pemain terlibat mempamerkan bakat masing-masing.

Sebaliknya ia merupakan pendekatan terbaik dalam melahirkan bakat baharu, mengambil kira ramai pemain muda yang turut serta dalam saingan kali ini.

Di samping itu, pada masa sama ia juga menjadi pentas menguji kemampuan terutama pemain yang berada dalam skuad untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menzahir tahniah kepada jawatankuasa pengelola atas usaha menganjurkan kejohanan terbabit.

Beliau berkata kelebihan yang harus dimanfaatkan oleh badan induk yang bertanggungjawab terhadap sukan ping pong di negeri ini kerana tidak mustahil akan ada pemain muda berpotensi yang dikenal pasti pada kejohanan berkenaan mampu diketengahkqn bakat mereka ke pertandingan lebih berprestij selepas ini.

“Kita percaya ramai pemain muda berbakat turut serta dalam kejohanan ini.

“Setentunya, ada kalangan mereka yang berpeluang untuk diketengah ke peringkat lebih tinggi suatu hari kelak,” ujarnya.

Baca lain  Henderson yakin Liverpool menyengat

Datuk Amar Dr Sim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kejohanan Ping Pong Terbuka Sarawak LTS Ke-61 2024 malam tadi.

Kejohanan tersebut yang berlangsung dari 1 hingga 5 Mac menghimpunkan 292 orang pemain.

Beberapa kategori dipertandingkan, merangkumi acara individu dan berpasukan.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU