ARTIKEL

Kejohanan Rentap Fighting Championship (RFC) Edisi Ketiga 18 November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kejohanan Rentap Fighting Championship (RFC) Edisi Ketiga bakal berlangsung 18 November ini di gelanggang Bola Keranjang Sungai Apong, di sini.

Acara berprestij itu mengesahkan akan menampilkan tiga kategori perlawanan iaitu amatur, semi pro dan pro dijangka menjadi tumpuan para peminat sukan Muay Thai tempatan dan juga antarabangsa.

Jurucakap RFC dalam satu kenyataan rasmi turut mengesahkan semua peringkat Muay Thai akan dipamerkan dengan persaingan daripada atlet lelaki dan wanita dari semua peringkat umur.

“Kejohanan akan menyaksikan atlet dari Amerika Syarikat, Lubnan, Kemboja, Thailand, Indonesia, Brunei, semenanjung, Sabah dan tuan rumah (Sarawak) akan turut serta.

“Acara turut menampilkan persembahan muzik secara langsung, trak makanan hidangan tempatan dan antarabangsa dan juga pertemuan bersama atlet Muay Thai Negara, Johan Ghazali,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut merakam penghargaan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak atas sokongan yang diberikan terhadap kelangsungan acara terbabit.

Antara tarikan lain sempena kejohanan ialah dua cabutan bertuah dengan pembelian setiap tiket masuk iaitu baucar tunai Car Tinting (siri emas) bernilai RM1,199 dan juga motosikal Modenas Kris MR3.

Orang ramai boleh melayari www.rentapmuaythai.com dan mengikuti laman rasmi Facebook RFC untuk maklumat lanjut.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun