NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Kejohanan Tenis MAKSAK Kebangsaan 2022 16 pasukan berentap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak 16 pasukan berentap dalam Kejohanan Tenis Majlis Kebajikan dan Sukan Angota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Kebangsaan 2022 yang bermula hari ini.

Pasukan yang turut serta ialah Sarawak selaku tuan rumah, selain Sabah, Perlis, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Penjara, ATM dan PDRM.

Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Radin Hadly Syah Radin Mohammad Hambali berkata, kejohanan berlangsung selama empat hari dan akan berakhir Ahad nanti.

Menurutnya, semua perlawanan akan berlangsung di gelanggang tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA).

“Kita percaya saingan selama empat hari ini akan berlangsung sengit kerana bakal menyaksikan kelibat pemain dari semua pasukan terlibat,” katanya pada majlis perasmian kejohanan itu pagi tadi.

Hadir sama Setiaussha Kehormat MAKSAK Sarawak, Semawi Mohammad dan Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew.

Tambah beliau, pihak MAKSAK Sarawak telah memohon untuk kejohanan kali ini diadakan di Kuching sempena sambutan Jubli Perak MAKSAK.

UNTUK KENANGAN…Pemain dari semua pasukan terlibat merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan. -FOTO RAMIDI SUBARI

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

16 anggota baharu PSM

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantikan 16 anggota Perbadanan

Messi pilih Inter Miami

LIONEL Messi mengumumkan akan menandatangani kontrak bersama kelab Kejuaraan Liga

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru