ARTIKEL

Kejohanan Tenis Terbuka Remaja MBPJ/MILO 2023-Ryoga Kho terus cipta kejutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bintang tenis muda Sarawak, Ryoga Kho mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul dua gelaran juara pada Kejohanan Tenis Terbuka Remaja MBPJ/MILO 2023.

Beliau berjaya muncul juara dalam acara perseorangan dan acara  beregu.

Pemain berusia 11 tahun yang juga pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Stampin, Kuching itu menumpaskan wakil dari Negeri Sembilan,
Hariz Aiman dengan kemenangan 7-6 (7-2), 1-6, 6-3.

Dalam pada itu, Ryoga Kho yang berpasangan dengan pemain Selangor, Mak Zoo-M turut berjaya mencetak kejuaraan dalam acara beregu menumpaskan pasangan dari Negeri Sembilan iaitu Hariz Aiman dan Ahmad Ashman.

Begitu pun, adiknya Yoshi Kho turut cemerlang apabila berjaya mara ke suku akhir dalam kategori perseorangan dan mara ke separuh akhir kategori beregu (B-12).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan.

“Terutama jurulatih, ibu bapa, pihak sekolah dan barisan penaja. Sokongan diberikan itu pencetus semangat dan antara faktor penyumbang kejayaannya,” ujar beliau.

Sambil mengakui kejayaan diperoleh dirinya itu diharap mampu menjadi dirinya untuk terus mengharumkan nama Sarawak.

Kejohanan enam hari (13-18 Disember) berlangsung di Kompleks Sukan MBPJ di Kelana Jaya, Selangor.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan