ARTIKEL

Farrel Haziq (tengah) memenangi pingat emas kategori Bakat Lelaki (13-14 tahun/38-40kg) merakam kenangan selesai perlawanan.

Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024: Farrel Haiqal cipta kejutan raih emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh tinju dalam pembikinan, Farrel Haziq Lariwoo Mirza Chulam Murthada, 14, mencipta sejarah tersendiri apabila dia merangkul pingat emas dalam kategori Bakat Lelaki (13-14 tahun/38-40kg).

Petinju muda yang mewakili kelab FVMB itu berjaya menumpaskan pesaingnya, Mohd Haiqal Samad (Sabah A), dengan kelebihan mata pada aksi final yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebentar tadi.

“Cukup gembira dengan kejayaan ini dan tidak menjangka mampu beroleh pingat emas,” ujar Farrel kepada Arena Suara Sarawak

Menurut Farrel, kejayaannya itu memperlihatkan kerja kerasnya sepanjang menjalani latihan selama ini adalah berbaloi.

Dengan kata lain, penat lelah mengabdikan diri dengan fokus kepada latihan telah berbalas juga akhirnya.

Apa pun, Farrel Haiqal turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya.

“Terima kasih kepada semua, terutamanya jurulatih, ibu bapa dan keluarga serta rakan-rakan atas sokongan yang diberikan,” tegas Farrel lagi.

Beliau berharap, kejayaan itu akan menjadi cetusan semangat buat dirinya untuk terus fokus kepada kejohanan lain selepas ini.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan