ARTIKEL

Petinju SUKMA Sarawak, Clarkson Evens Tom Frankie (kanan) melepaskan tumbukan ke arah muka petinju Sabah, Noel Yoel Piaul (kiri), dalam pertarungan semalam. | Foto: Ghazali Bujang

Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024: Petinju negeri masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih skuad tinju SUKMA Sarawak, Muhammad Helman Morni mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki pada anak didiknya selepas ini.

Prestasi memberangsangkan telah dipamer barisan petinju kendaliannya pada Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024 yang kini sedang berlangsung.

Meskipun demikian, tegas Helman, ia bukan penanda aras sebenar buat anak didiknya yang mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dari 17 hingga 24 Ogos nanti.

“Memang masih banyak yang perlu diperbaiki selepas ini.

“Walaupun pada dasarnya petinju semua telah berjaya memperaga aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui sejak mula kejohanan ini, ia bukan penanda aras sebenar buat mereka,” ujar Helman kepada Arena Suara Sarawak ketika mengulas tentang prestasi barisan petinjunya.

Menurut Helman, beliau sentiasa memantau prestasi semua petinju yang terlibat dalam kejohanan kali ini.

Pendekatan sedemikian penting supaya mudah baginya untuk menyediakan pelan susulan bagi memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa.

Saingan membabitkan peringkat umur SUKMA semalam menyaksikan empat petinju Sarawak turun beraksi.

Paling mencuri tumpuan adalah pertarungan antara Clarkson Evens Tom Frankie (Sarawak A) dengan Noel Yoel Piaul (Sabah B).

Tamat tiga pusingan, kemenangan berpihak kepada Clarkson Evens Tom dengan kelebihan mata.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli