ARTIKEL

Kejuaraan berganda di Terbuka Austria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEREGU campuran Malaysia, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei berjaya merangkul kemenangan ketiga mereka tahun ini setelah menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Austria yang berlangsung di Raiffeisen Sportpark di Graz, malam kelmarin.

Sebelum ini, pasangan muda itu menjuarai Kejohanan Terbuka Poland pada Mac sebelum meneruskan rentak cemerlang dengan menjuarai Kejohanan Antarabangsa Slovenia 2021, minggu lepas. Hon Jian-Ee Wei menewaskan pilihan pertama kejohanan pasangan William Villeger-Sharone Bauer dari Perancis dalam aksi final setelah mencatat kemenangan 16-21, 21-9, 21-19 dalam tempoh 46 minit.

Pasangan beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri juga menceriakan skuad badminton negara apabila berjaya membawa pulang pingat emas dengan mengalahkan Lucas Corvee-Ronan Labar dari Perancis dengan keputusan 21- 17, 21-15 pada aksi final.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Jun 2021

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya

BERITA TERBARU