ARTIKEL

Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 27 Februari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AKAN BERLANGSUNG…Datuk Seri Abdul Karim (tengah) mempamer poster kejohanan pada sidang media sebentar tadi. – FOTO ALIF NONI

KUCHING: Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 disingkap tirainya pada 27 Februari ini di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia menyaksikan bermulanya misi lebih 800 pendekar hebat dari 22 pasukan mewakili 11 buah negara dan 11 negeri.

Jelasnya ia juga melibatkan PDRM serta ATM  bagi memburu kejuaraan kejohanan tujuh hari itu yang akan berakhir pada 5 Mac depan.

“Kita menjangka pertembungan sengit akan berlaku sepanjang saingan kerana difahamkan negara dan negeri yang turut serta dalam pertandingan kali ini mempertaruhkan pesilat hebat serta berpengalaman,” ujar Karim.

Menurut Karim, negara yang turut serta ialah Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Brunei Darussalam, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Amerika Syarikat, Belanda selain Indonesia dua pasukan iaitu Kalimantan Barat dan Jawa Tengah.

Selain itu, negeri yang turut serta ialah Sabah, Melaka, Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, PDRM, ATM dan tuan rumah dua pasukan iaitu Sarawak A dan Sarawak B.

Beliau menegaskan, Sarawak pada kejohanan julung kali diadakan ini mempertaruhkan 63 orang pesilat terbaik terdiri dari barisan pesilat muda yang berada dalam skuad Sukma dan mereka yang pernah mewakili negeri.

“Apa yang pasti kejohanan kali ini menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan USD$20,000 dengan 66 kategori yang dipertandingkan mencakupi pelbagai pecahannya,” tambah Karim lagi.

Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS), Datuk Mohamad Yusnar Matalie.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU