ARTIKEL

SELAMAT TIBA...Datuk Rahman Lariwoo (tiga kiri) ketika menyambut kepulangan Kilat Boy (empat kanan) di LTAK, malam tadi.

Kejuaraan Tinju Dunia Asia 2024 berlangsung di Sarawak?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) bercadang untuk membawa dan menganjurkan Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024 di Sarawak.

Presidennya, Datuk Rahman Lariwoo menegaskan, pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci menerusi mesyuarat bersama pihak WBC selewat-lewat hujung bulan ini.

“Kita bercadang untuk membawa WBC Asia 2024 ke Sarawak. Bagaimanapun, ini akan dibincang secara terperinci dan perlu mendapatkan pandangan daripada pihak pengurusan WBC terlebih dahulu,” ujar Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menunggu kepulangan Daeloniel Mcdelon Bong dari Dhaka, Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), malam tadi.

Menurut Rahman, beliau optimis keinginan tersebut akan tercapai dan Sarawak siap sedia menerima cabaran untuk menjadi tuan rumah kejuaraan berprestij itu.

“Dengan pengalaman dan kejayaan SABA mengelola Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak sebanyak dua kali berturut-turut sebelum ini, ia menjadi penanda aras terbaik.

“Dalam kita memastikan WBC Asia 2024 dapat dilangsungkan di Bumi Kenyalang” tambah Rahman.

Beliau sekali gus menyifatkan, sekiranya kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei itu berjaya dianjurkan di sini, ia dilihat sejarah tercipta buat Sarawak dan Malaysia amnya.

BERITA LAIN

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa