Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kekal curah bakti terbaik pada rakyat jika dicalon semula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Willie Mongin
BERCAKAP…Penyandang Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin GAMBAR: RAMIDI SUBARI

KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin mendedahkan belum mengetahui sama ada dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusinya atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sebagai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) katanya, beliau bersedia untuk meneruskan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sekiranya diamanahkan untuk bertanding semula.

Tegasnya, ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

“Kita hanya tunggu dan lihat. Sekiranya diberi peluang, saya akan memastikan bahawa saya akan menyampaikan perhidmatan yang terbaik bagi Parlimen Puncak Borneo untuk parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai status pencalonannya di kerusi Parlimen Puncak Borneo pada PRU-15 ini.

Beliau justeru yakin pemilihan calon oleh pucuk pimpinan parti kelak adalah berdasarkan kebijaksanaan dan mengikut pemerhatian hasil daripada pelaksanaan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Pada 20 Jun 2022, Willie mengesahkan beliau telah membuat permohonan untuk menyertai PBB yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Permohonan beliau akhirnya diterima dan disahkan sendiri oleh Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti PBB di Ibu Pejabat PBB pada 6 Ogos 2022.

Pelantikan Willie sebagai ahli PBB adalah tanpa sebarang syarat dan menjadi ahli PBB tanpa sebarang komtimen sebagai ahli.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News