Trending

Kekal momentum terbaik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING City FC turun pada aksi terakhir pusingan pertama kempen Liga Super 2023 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini dengan misi mengalahkan skuad rusa (Negeri Sembilan FC).

Penolong jurulatihnya, Sulaiman Hussin berkata, setiap pemain digesa terus konsisten dan mengekalkan momentum terbaik dalam usaha melakar keputusan positif.

“Saya berharap pemain dapat mengekalkan momentum terbaik seperti sebelum ini iaitu seri (1-1) menentang Kuala Lumpur FC minggu lepas.

“Namun kemenangan adalah sasaran kita dan saya percaya pemain akan memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, sekiranya pemain mampu melakar kemenangan, sudah pasti ia akan menjadi pencetus semangat bagi mengharungi perlawanan lain selepas ini.

Sulaiman yang mengambil alih sementara tugas mengemudi Kuching City selepas ketiadaan Irfan Bakti Abu Salim atas sebab tidak dapat dielakkan menyifatkan tugas pemainnya bukan mudah.

“Pasukan lawan (Negeri Sembilan FC) sebuah kelab yang mantap di segenap posisi.

“Jika pemain dapat menterjemah dengan baik strategi yang diguna pakai, peluang untuk meraih sebarang mata tetap terbuka,” ujarnya.

Tambahnya, semua pemain bebas daripada kecederaan atau digantung perlawanan.

“Kita akan menurunkan barisan terbaik bagi menghadapi lawan,” jelasnya.

The City Boys kini menghuni tangga ke-13, menggumpul lima mata selepas mengharungi 12 perlawanan setakat ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru