Trending

Kekalkan aksi terbaik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KETUA Jurulatih Sarawak United FC (SUFC), E. Elavarasan mengesa pemain mengekalkan aksi terbaik pada pertemuan menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu malam ini (9.00 malam).

SUFC mencipta kejutan pada aksi sebelum ini selepas menumpaskan Kelantan United 2-1.

“Kelantan akan memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri untuk beroleh kemenangan.

“Namun, ia tidak semudah itu kerana kami juga mahu keputusan positif dapat diperolehi,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau berharap, kejayaan meraih mata pada pertemuan tersebut akan memperbaiki kedudukan Sarawak yang kini menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 8 mata.

Elavarasan tidak menolak bakal menurunkan barisan sama ketika pasukannya menewaskan Kelantan United (2-1) hujung minggu lalu.

“Saya melihat kombinasi begitu hebat dipamer kesebelasan yang dipertaruhkan seminggu lepas.

“Mungkin barisan yang sama akan terus menjadi sandaran untuk aksi ketiga terakhir kami musim ini,” tambah beliau lagi.

Bagi Elavarasan, tiada pelan rahsia untuk diguna pakai beliau terhadap anak-anak buahnya bagi perlawanan malam ini.

Sebaliknya, memadai bagi mereka untuk sentiasa konsisten selain kekal fokus sepanjang tempoh 90 minit permainan sebenar.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru