SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Kekalkan budaya ‘hormat guru’

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SERAH...Fazzrudin (kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada mantan Presiden KGBS, Ahmad Malie pada Majlis Jasamu Dikenang KGBS di Hotel Serapi

KUCHING: Budaya menghormati guru perlu ditekankan bagi memastikan anak-anak menghargai pengorbanan yang dicurahkan tenaga pendidik dalam usaha membentuk mereka sebagai manusia berilmu.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, ibu bapa perlu menjadi teladan kepada anak-anak sebagai individu yang sentiasa menghargai jasa dan khidmat para guru sepertimana didikan ibu bapa terdahulu.

“Budaya itu harus dikembalikan seperti dahulu, kalau anak mengadu dimarahi oleh guru, kita sebagai ibu bapa juga akan bertegas kepada mereka dan tanya sebab mengapa mereka dimarahi.

“Apa yang saya tidak mahu tengok adalah budaya apabila cikgu memarahi anak kita, kita bertindak sembarangan dengan memarahi cikgu itu semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) di Hotel Serapi, di sini, hari ini.

Jelas Fazzrudin, alam persekolahan merupakan masa perkembangan didikan penting buat anak-anak sebelum menempuh alam pendidikan yang lebih tinggi, seterusnya pekerjaan.

Tegasnya, usaha guru-guru dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi lebih baik merupakan pengorbanan besar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Baca lain  Kelidieng berusia 200 tahun

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau mereka (anak-anak) sudah di peringkat tinggi mungkin sudah keras, maka sebab itulah didikan awal di sekolah penting,” tegasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru