Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Kekalkan sokongan terhadap KPDNHEP – Nanta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ( depan tengah) bersama-sama Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof ( depan keenam kiri) dan pegawai KPDNHEP yang lain bergambar bersama-sama media selepas tamat program Cabaran Troli Pengguna Bijak (SCOTCH)

KUCHING: Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) penting dalam usaha memudahkan urusan masyarakat sebagai pengguna.

Justeru, menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyeru orang ramai terutama sekali pihak media agar terus memberi sokongan terhadap kementerian tersebut.

“Sama ada saya masih di sini (menteri KPDNHEP) atau tidak, kekalkan sokongan kerana kementerian ini signifikan dalam memberi manfaat kepada rakyat.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ( depan tengah) bersama-sama Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof ( depan keenam kiri) dan pegawai KPDNHEP yang lain bergambar bersama-sama media selepas tamat program Cabaran Troli Pengguna Bijak (SCOTCH)

“Kita tunggu sahaja keputusan (penamaan calon) yang akan dibuat dalam beberapa minggu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jerayawara KPDNHEP Bersama Media Negeri Sarawak di Mydin Vista Tunku, di sini, malam tadi.

Kerusi Parlimen Kapit merupakan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) sejak di bawah naungan Barisan Nasional (BN) dan kini Gabungan Parti Sarawak (GPS), di negeri ini.

Nanta merangkap Ahli Parlimen Kapit telah memenangi kerusi tersebut sejak Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) dan kekal sehingga penggal terkini.

Untuk rekod, pada pilihan raya yang terakhir (PRU-14), Nanta berjaya menghalang cubaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengambil kerusi tersebut, menewaskan Paren Nyawi dengan majoriti 10,479 undi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru