ARTIKEL

ERATKAN PERPADUAN…Gira meluangkan masa untuk tradisi ngabang kepada rakan-rakan sempena Tahun Baharu Cina

Kekalkan tradisi ngabang sampai bila-bila, pupuk perpaduan masyarakat majmuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Amal tradisi berziarah ini sampai bila-bila bagi mengekalkan hubungan silaturrahim antara semua bangsa dan agama, pesan ADUN Tamin, Ir Christopher Gira Sambang.

Ujarnya lagi, tradisi kunjung- mengunjung ini semasa musim perayaan di Malaysia merupakan cara yang cukup unik bagi merapatkan perpaduan dalam masyarakat majmuk.

“Saya berharap agar tradisi berziarah ini akan dikekalkan sampai bila-bila agar perpaduan di kalangan kita sentiasa kukuh.

“Hormati semua agama, bangsa dan adat yang ada di kawasan DUN Tamin, agar kesinambungan kekukuhan perpaduan ini akan kekal abadi.

“Malah jadikan tradisi kunjung mengunjungi ini sebagai ‘Adat Sepanjang Zaman’ di kawasan DUN Tamin,” seru Gira.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya sempena tradisi ngabang Tahun Baharu Cina di DUN Tamin.

Gira turut menyeru agar semua bangsa hidup dalam keadaan harmoni dan sentiasa menjaga pergaulan.

“Di samping kita bergaul dengan pelbagai bangsa, secara tidak langsung kita dapat belajar adat mereka dan ini menjadi menu tambahan untuk perpaduan kaum,” katanya.

Dalam pada yang sama juga, Gira berkata, akan sedaya upaya untuk melapangkan masa bersama masyarakat dan ahli keluarga penduduk berbangsa Cina di Tamin.

Malah, beliau berharap agar kesinambungan keharmonian ini akan sentiasa dihormati dan dikekalkan oleh semua masyarakat majmuk.

ADUN Tamin tersebut sempat meraikan Tahun Baharu Cina di beberapa kawasan perumahan sahabat-sahabat beliau yang berbangsa Tionghoa di sekitar Sibu.

Turut hadir ialah Mantan ADUN Tamin, Datuk Joseph Mauh Ikeh, Penghulu Surang Takin, Penghulu Thomas Jawa dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) DUN Tamin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU