Trending

Kekangan masa, Kembara Kenali Borneo tidak sempat singgah ke Sri Aman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMANGGANG: Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sepatutnya singgah di Bandar Benak Malaysia tengah hari tadi tidak dapat diteruskan ekoran kekangan masa.

Baginda yang diiringi paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah telah meneruskan perjalanan ke lokasi berikutnya.

Orang ramai dimaklumkan oleh juruacara majlis kira-kira 3.20 petang.

Rata-rata menzahirkan sedikit rasa kecewa kerana tidak berpeluang bersua muka dengan Seri Paduka Baginda memandangkan program melibatkan kerabat diraja seumpama ini julung kali diadakan.

Bagaimanapun mereka yang menunggu sejak awal pagi akur dan memahami jadual padat konvoi yang pagi tadi berada di Sibu.

Daripada tinjauan, rakyat menunggu keberangkatan tiba baginda dan rombongan sejak 8 jam pagi.

Untuk rekod seperti jadual awal, rombongan sepatutnya singgah di Masjid Bandar Sri Aman pada 12.50 tengah hari, kemudian ke Kubu Alice sebelum ke destinasi berikutnya di Kuching.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut hadir di Sri Aman.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru