ARTIKEL

Datuk Ismail Suut (duduk, kanan) merakam foto bersama kontraktor Bumiputera yang hadir pada program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Sarawak bersama TERAJU dan PKMM Sarawak.

Kekangan modal, lewat bayaran cabaran utama kontraktor Bumiputera Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kekangan modal dan kelewatan pembayaran projek antara cabaran utama yang dihadapi kontraktor Bumiputera Sarawak, kata Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak, Datuk Ismail Suut.

Beliau berkata, kontraktor memerlukan akses kepada pembiayaan yang cepat bagi memastikan projek dapat dilaksanakan sebaik sahaja menerima surat tawaran.

“Yang paling penting, bila jadi usahawan dan kontraktor ialah modal.

Datuk Ismail Suit berucap pada program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Sarawak bersama TERAJU dan PKMM Sarawak.

“Macam mana kita nak dapat modal, itu peluang yang diberi oleh TERAJU dengan kita pada petang ini untuk kita tanya macam mana cara kita nak dapat modal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Sarawak bersama TERAJU dan PKMM Sarawak di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, proses kelulusan pembiayaan yang terlalu lama boleh menjejaskan kontraktor kerana modal sudah digunakan untuk memulakan projek sebelum bayaran diterima.

Sehubungan itu, Ismail berharap institusi kewangan dapat menawarkan kemudahan pembiayaan dengan kadar faedah yang tidak membebankan kontraktor.

Dalam pada itu, beliau berkata kontraktor perlu memastikan dokumen dan kedudukan kewangan syarikat berada dalam keadaan baik bagi melancarkan proses permohonan pembiayaan.

Katanya, antara dokumen yang perlu disediakan ialah profil syarikat, sijil pendaftaran, surat tawaran, penyata bank tiga bulan dan akaun yang diaudit.

Beliau berkata, kontraktor juga perlu mempunyai rekod kewangan yang baik kerana institusi kewangan akan menilai kemampuan syarikat sebelum meluluskan pembiayaan.

Ismail berkata, kemudahan pembiayaan melalui kerjasama PKMM Sarawak dan TERAJU dapat membantu kontraktor Bumiputera mendapatkan modal untuk melaksanakan projek.

Beliau pada masa sama berharap kontraktor yang menerima surat tawaran projek diberi kemudahan sewajarnya untuk mendapatkan pembiayaan.

“Bila kontraktor dapat surat tawaran, berilah kemudahan untuknya dapat projek sebabnya sudah dinilai oleh agensi yang beri tawaran.

“Jadi jangan dipersulitkan lagi pemohon,” katanya.

Menurutnya, Sarawak mempunyai banyak projek pembangunan yang memerlukan penglibatan kontraktor, sekali gus menjadikan akses kepada pembiayaan penting bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

Beliau berkata PKMM Sarawak akan terus menganjurkan program yang memberi manfaat kepada ahli dan kontraktor Bumiputera di negeri ini.

Ismail turut menggesa kontraktor supaya berusaha meningkatkan keupayaan syarikat selain memastikan segala dokumen dan rekod kewangan disediakan dengan baik bagi memudahkan urusan mendapatkan pembiayaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka