ARTIKEL

Kekeliruan punca PPV tangguh pemberian vaksin di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penangguhan vaksinasi Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Tertutup Sibu adalah disebabkan oleh masalah “lot release”, kata Pengarah Kesihatan Sarawak Dr. Chin Zin Hing.

Katanya masalah yang menyebabkan vaksin itu tidak dapat dibekalkan ke Sibu juga sudah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada Jabatan Kesihatan Sarawak pada 16 April lalu.

Namun, katanya isu timbul apabila berlaku kekeliruan oleh sebuah klinik yang telah memberi tarikh janji temu kepada sesetengah pesakit yang disenaraikan dalam “standby list”.

Menjelas lanjut, Dr. Chin berkata Jabatan Kesihatan Sarawak telah dimaklumkan oleh KKM pada awal April ini untuk menyediakan satu senarai nama “standby list” petugas-ptugas barisan hadapan serta pesakit penyakit kronik yang telah disaring untuk bersedia menerima suntikan vaksin pada 20 April (hari ini) dan juga dirancang diberi di PPV di Stadium Tertutup Sibu.

Katanya perancangan awal adalah untuk pemberian kepada 800 petugas barisan hadapan dan juga penerima Fasa 2 dalam “standby list”.

“Bagaimanapun pada 16 April, pihak Jabatan Kesihatan Sarawak telah dimaklumkan terdapat masalah “lot release” oleh KKM dan vaksin tersebut tidak dapat dibekalkan ke Sibu.

“Tiada sebarang tarikh dan masa janji temu dijanjikan kepada senarai nama “standby list” yang terdiri daripada petugas-petugas barisan hadapan serta pesakit komorbiditi daripada klinik untuk 20 April 2021.

“Terdapat kekeliruan dari pihak klinik yang telah memberi tarikh janji temu kepada sesetengah pesakit kerana mereka merupakan “standby list”,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU