SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Kekerapan penerbangan musim perayaan beberapa destinasi di Sarawak ditambah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Lee Kim Shin (duduk, tiga kanan) merakam gambar kenangan selepas pertemua dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG), di Kuching

KUCHING: Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) bersetuju untuk menambah kekerapan penerbangan ke Sarawak dan beberapa laluan dalam negeri ini sempena musim perayaan Hari Raya dan Gawai Dayak.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, ia sebahagian usaha mengurangkan kadar tambang penerbangan yang mahal serta menyelesaikan beberapa isu berkaitan.

“Terdapat peningkatan penerbangan daripada pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) semasa sambutan Hari Raya. Ia melibatkan 14 penerbangan tambahan bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching bagi tempoh 18 April hingga 7 Mei.

“Sementara laluan Kota Kinabalu-Kuching ditambah satu penerbangan pada 20 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya berkuat kuasa 16 Mei depan, syarikat penerbangan Firefly akan melancarkan penerbangan harian bagi laluan Kota Kinabalu-Kuching dan Miri-Kuching.

“Manakala MASWings telah melancarkan penerbangan terus baharu sebanyak dua kali seminggu untuk laluan Miri–Long Banga bermula 26 Mac lalu.

“Syarikat tersebut juga akan menambah sebanyak enam penerbangan untuk laluan Limbang-Kuching sempena Hari Raya, bermula 18 hingga 26 April ini.

“Untuk perayaan Gawai Dayak pula, penerbangan tambahan bagi laluan itu akan bermula pada 28 Mei hingga 4 Jun,” ujarnya.

Baca lain  Lima individu dikompaun langgar SOP

Terdahulu, perkara tersebut dipersetujui pada pada pertemuan antara Kementerian Pengangkutan Sarawak, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAG, baru-baru ini.

Pertemuan itu bagi membincangkan mengenai Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) dan cadangan Rangkaian Pelan Jangka Panjang ‘Hybrid Flexi 3.0’ untuk RAS di Sarawak.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Datuk Alice Jawan; Ketua Pegawai Eksekutif MAG Ahmad Luqman Mohd Azmi; Pengarah Pembangunan Penerbangan MAVCOM Jaffar Derus Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi MASWings Suresh Singam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru