ARTIKEL

Kekosongan jawatan doktor kontrak akan segera diisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata langkah penggantian itu dilakukan bagi mengelak kekurangan kakitangan perubatan selain memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

“Apabila masuk penempatan daripada houseman (doktor pelatih) kepada pegawai perubatan (MO), tentu ada penggantian selepas itu.

“Jadi insya-Allah semua itu kita akan pertimbangkan. Jangan bimbang kemaslahatan petugas kita, kita akan ambil prihatin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 bertema “Kenali Ubat Anda: Pembudayaan Literasi Kesihatan”, di sini semalam.

Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hartal Doktor Kontrak (HDK) semalam yang memberi amaran masalah kekosongan jawatan di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

Beliau berkata Jemaah Menteri pada 1 April lepas bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi yang menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, bagi menangani isu doktor kontrak.

Katanya jawatankuasa itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk dengan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bagi melihat semua sudut, namun hasilnya belum dibentangkan kepada Kabinet.

Mengenai persidangan hari ini, Dr Zaliha berkata KKM mengambil maklum bahawa sebahagian masyarakat lebih gemar mengamalkan rawatan kendiri dengan membeli ubat di farmasi komuniti, kedai ubat tradisional dan pembelian dalam talian.

“Tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai penyakit dan kesesuaian ubat yang diambil, pengguna berisiko terdedah kepada kesan mudarat yang membahayakan kesihatan mereka,” katanya.

Justeru, katanya program berkenaan mendidik masyarakat supaya bijak membuat keputusan tentang kesihatan mereka serta tidak mudah terpedaya dengan iklan atau individu yang memberi janji manis, terutama yang melibatkan penyakit kronik serta mengandungi kenyataan superlatif seperti terbaik, berkesan, dijamin selamat dan mujarab.-BERNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP