Kekuatan mental penting hadapi jangkitan Covid-19

KUCHING: Menjadi seorang pesakit Covid-19 tidak mudah malah lebih mencabar ketika umat Islam menyambut ketibaan Ramadan serta tidak dapat menjalani ibadah puasa bersama-sama keluarga tercinta.

Kisah salah seorang pesakit dijangkiti wabak ini mungkin mampu membuka mata masyarakat yang berada dalam situasi sama. “Pada mulanya, saya ingatkan ianya batuk biasa sahaja kerana suhu badan masih normal.

Tidak sangka, rupa-rupanya saya positif Covid-19,” kata Rafedah Yaman ketika dihubungi Suara Sarawak semalam. Rafedah yang bekerja sebagai pembantu awam agensi kerajaan menganggap batuk yang dialaminya batuk biasa tetapi ia tidak sembuh untuk beberapa hari.

“Malah saya mula mengalami pening kepala, menggigil, sakit sendi dan sakit badan selama tiga hari sebelum diarah menjalani calitan,” ujarnya.

Kata ibu kepada dua anak tersebut, pada masa sama, dia wajib menjalani calitan berikutan suaminya kontak rapat rakan sekerja yang disahkan positif. Hasil ujian itu, Rafedah, suami dan anaknya berusia 18 tahun disahkan positif serta diarahkan menjalani kuarantin. “Apa yang saya alami sangat menyakitkan.

Kekuatan emosi dan mental dalam 10 hari pertama memainkan peranan yang sangat penting melawan penyakit ini,” katanya.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, dalam tempoh berkenaan dia perlu mengambil makanan tambahan dan inisiatif sendiri termasuk meniup semangat jiwanya untuk segera sembuh.

“Belum lagi stigma sesetengah masyarakat. Mungkin ada yang takut untuk menerima wang tunai dari tangan saya dalam urusan jual beli”, tambahnya.

.…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Apr 2021

Suara Sarawak