ARTIKEL

Kekuatan TLDM perlu disemak agar kekal relevan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LANGKAWI: Kemajuan teknologi yang berkembang pesat perlu disemak secara konsisten bagi memastikan kekuatan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kekal relevan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

TLDM berkata berikutan landskap geostrategik yang semakin mencabar ketika ini, pasukan itu memainkan peranan yang sangat penting untuk kekal relevan dalam konteks pertahanan maritim.

“TLDM amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana prihatin mengenai kesiapsiagaannya dari aspek ketersediaan platform, kekuatan tempur dan keberkesanan sokongan logistik.

Pelaksanaan Eksesais Taming Sari dapat mempamerkan keupayaan kuasa tempur TLDM sekali gus membuktikan bahawa ia masih lagi bertaring di arena pertahanan maritim, kredibel dan mampu mempertahankan kedaulatan perairan negara,” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.

Eksesais Taming Sari adalah siri latihan penembakan misil oleh aset tempur TLDM bagi menguji keupayaan dan kesiapsiagaan sistem peluru berpandu di kapal serta tahap kompetensi warga tentera laut.

Semasa Eksesais Taming Sari Siri 22 Tahun 2023 yang berlangsung di utara perairan Selat Melaka pada Khamis, sebanyak dua misil Exocet MM40 dilancarkan oleh kapal KD LEKIU yang berjaya tepat ke sasaran manakala KD LEKIR bertindak sebagai kapal penembak simpanan.

Bekas Menteri Pertahanan yang kini Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan hadir sebagai tetamu khas menyaksikan eksesais itu dari KD MAHAWANGSA yang turut disertai Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak.

Berkonsepkan “Force Integration Training” (FIT), aspek kebersamaan telah dizahirkan di dalam latihan itu melalui penglibatan sebanyak 14 buah kapal permukaan, lapan bot dan 12 pesawat dari TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Eksesais Taming Sari 22/2023 turut menguji keupayaan semua aset yang terlibat di samping memperagakan kehadiran angkatan pertahanan maritim negara di perairan Selat Melaka.

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta