ARTIKEL

Ripin (lima kiri) bersama kenamaan lain merakam kenangan bersama johan kategori Pertubuhan, Individu Lelaki dan Wanita yang memenangi Anugerah Perdana sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu, hari ini.

Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan memenangi Anugerah Perdana Belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan dinobatkan sebagai juara bagi kategori pertubuhan belia untuk memenangi Anugerah Perdana sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, hari ini.

Kemenangan tersebut melayakkan kelab tersebut untuk membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000, piala dan sijil penghargaan.

Johan dalam kategori Individu Lelaki disandang oleh Loo Yong Sieng manakala Brandy Mary Duncan dipilih sebagai pemenang pertama kategori Individu Wanita.

Johan kedua-dua kategori menerima wang tunai sebanyak RM3,000 berserta piala dan sijil penghargaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan), Datuk Dr Ripin Lamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, ADUN Tellian, Royston Valentine, Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti, dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak (JBS), Lamat Nyalau, hadir sama.

Ripin menyampaikan hadiah kepada Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan yang dinobatkan juara bagi kategori pertubuhan belia untuk memenangi Anugerah Perdana sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu, hari ini.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU