ARTIKEL

Andy merakam kenangan bersama-sama guru, serta pelajar yang menerima bantuan daripada Kelab Lions Batu Niah

Kelab Lions Batu Niah sumbang beg, alat tulis kepada murid memerlukan di SJK Tukau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kelab Lions Batu Niahtelah menyumbangkan sebanyak 19 unit beg sekolah dan alat tulis kepada pelajar yang memerlukan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tukau, baru-baru ini.

Presidennya, Andy Jong Wan Joon berkata, pihaknya menempah 60 unit beg sekolah dan alat tulis pada tahun ini untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan khususnya di kawasan pedalaman.

“Kami juga akan mengagihkan beg sekolah dan alat tulis ini secara berkelompok ke sekolah yang berbeza dengan harapan ia dapat membantu memberi manfaat kepada penerimanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, SJK Tukau mengadakan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula 18 Jun, dan setakat ini ia mempunyai tiga pelajar.

Jelasnya, PPKI itu ditawarkan bagi memudahkan penduduk kampung di Kampung Tukau dan sekitar untuk menghantar anak mereka yang berkeperluan khas untuk menerima pendidikan khas sewajarnya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai yang mempunyai anak berkeperluan khas serta mendiami kawasan berkenaan untuk tampil ke sekolah tersebut bagi mendaftarkan anak mereka.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU